Baja Tahi Ayam Proses :
RM4.00 / pack (1Kg)
Apakah itu Baja Tahi Ayam?
Baja tahi ayam atau tinja ayam adalah sejenis baja organik dan merupakan satu pilihan Baja Terbaik, Termurah dan disyorkan kepada petani.
Tahi Ayam kaya dengan kandungan NITROGEN dan Posforan (P) dan Kalsium (K). Baja ini merupakan baja jenis "SLOW RELEASE" iaitu tahap pengambilan nutrient lambat dalam tanah dimana ada dakwaan ia mampu memberikan nutrien kepada tanaman sehingga 6 bulan. Sifat struktur baja ini bersifat menggemburkan tanah, memberikan kelembaban tanah, mengekalkan kesuburan tanah, memperbaiki pH tanah,memperbaiki tekstur tanah dan sebagainya.
BajaTahi Ayam Proses lebih baik berbanding dengan tahi ayam biasa. Tahi ayam akan dikeringkan dan diperkayakan dengan Baja NPK serta bahan Mikroorganisma Berfaedah (Effective microrganism). Baja jenis ini di bungkus dalam bentuk Debu, Palet, Serbuk dan sebagainya menggunakan teknologi moden dan kualiti yang menjadi salah satu pilihan terbaik kepada pelanggan dan petani. Harga tahi ayam proses yang ditawarkan pembekal berbeza-beza bergantung kepada beberapa ciri-ciri yang ada seperti kadar kandungan NPK dalam baja, Kandungan mikrob, Saiz Pembungkusan, Jenama dan juga Promosi . Paling murah harga Tahi Ayam Proses yang penulis tinjau di Tangkak, Muar, Johor adalah sekitar RM 20.00/20 kg (beg) sehingga ada yang capai lebih RM 50.00/20kg (beg). Kelebihan baja tahi ayam proses ialah kesan yang cepat terhadap tanaman, Kurang Bau, Mengandungi baja tambahan NPK yang seimbang, Mudah untuk di simpan dalam setor, mudah untuk pengangkutan, Bungkusan Menarik, Mempunyai maklumat di label dan mudah difahami dinyatakan pada beg pembungkusan. Kini tahi ayam proses telah menjadi satu industri yang canggih dengan teknologi pemprosesan yang lebih moden.
No comments:
Post a Comment